Saturday, October 31, 2009

Aku di Yaman



Teringat pula aku ketika mana genap seminggu aku sampai ke Yaman, setelah selesai solat Jumaat di Jami’ Khulafa’ iaitu masjid yang berdekatan dengan kediaman kami,aku bersama rakan2 serombongan ditemani guru pengiring kami berjumpa dengan seorang tokoh Ulama’ besar iaitu Syeikh Ali Al-Juraisyah beliau adalah seorang tokoh Ulama’ dari Mesir. Gembira rasa hati kerana dapat berdamping dengan salah seorang Ulama’ di bumi hikmah Yaman ini apatah lagi beliau juga mengenali tokoh2 kita di Malaysia dan menanyakan khabar mereka.
Di kesempatan itu kami tidak melepaskan peluang yang ada meminta nasihat daripada beliau, sudah menjadi sunnatullah berjumpa dengan Ulama’ kita minta dinasihati.Nasihat yang beliau sampaikan ringkas dan sangat bermakna,beliau membaca sepotong ayat Al-Quran yang dirakam didalam surah At-Taubah ayat 119 yang bermaksud:
”Wahai orang2 yang beriman,bertaqwalah kepada Allah,dan bersamalah kamu dengan orang2 yang benar”.


Inilah Ulama’ jika bercakap atau memberi nasihat tak terlepas dari menyebut kalam Ilahi yang Maha Agong.melalui ayat ini beliau mengatakan bahawa hidup kita ini tidak tepuk sebelah tangan iaitu kita tidak hidup sendirian,maka sebelah tangan lagi adalah orang2 yang Sodiqin iaitu orang2 yang benar. Sepertimana kita melihat maksud ayat tadi sudah jelas bagi kita bagi orang2 yang beriman. Pastinya bersama dengan orang2 yang soleh ini,untuk mendekatkan diri kita kepada Allah (S.W.T).iaitu orang yang boleh bimbing kita kejalan yang benar lagi diredhai Allah Ta’ala.
Disamping itu beliau juga menegaskan tentang Ketaqwaan,kerana taqwa itulah segala-galanya yang menentukan segala perbuatan dan percakapan kita kerana taqwa itu di hati,jika baik hati maka baiklah segala anggota kita.kerana hati kita adalah raja kepada seluruh anggota kita. Beliau juga menyebut ciri2 orang yang betaqwa yang diceritakan didalam Al-Quran pada surah Al-Ankabut dan surah Al-Ahzab.
Oleh itu sama-samalah kita merenung diri kita adakah kita tergolong dari golongan yang bertaqwa dan adakah kita berdamping dengan orang2 yang soleh yang boleh menguntugkan kita di akhirat nanti.fikir-fikirlah..

Tuesday, October 27, 2009

teman seperjuangan

meskipun jauh di rantauan namun hati tetap girang, teman2 lah pengganti ibu bapa dan keluarga,menjadi penghibur di saat kesedihan,menjadi perawat disaat kesakitan, teman2 lah yg kita harapkan,merekalah tempat kita mengadu pengganti orang tua kita,andai teman sudah tiada apakah kita akan terasa...kini seorang demi seorang pulang,meninggalkan kita sendirian andai kita tak berteman...

Salam ukhuwah...

Assalamualaikum...
salam ukhuwah kpd semua teman2 yang sudi menziarahi blog ini yang baru sahaja di cipta,segala tunjuk ajar dan nasihat amat diperlukan.