Wednesday, February 24, 2010

Sedikit kisah supaya aku bisa ambil faaedah darinya…

Pada satu hari sekumpulan sahabat didatangi seorang teman yang pernah mereka kenali dulu.Sekumpulan sahabat itu sangat gembira dengan seorang teman yang bertamu dengan mereka, sebagai tetamu sudah tentu mereka melayaninya dengan begitu baik seperti hadis Nabi yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Qiamat,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya”

Inilah adab yang diajarkan kepada setiap muslim,bahkan memuliakan tetamu ini juga diamalkan oleh agama-agama lain selain islam.

hari demi hari berlalu sehinggalah suatu hari seorang teman ini menanyakan sesuatu kepada sekumpulan sahabat ini,tempat untuk membeli suatu barang,kebetulan sekumpulan sahabat ini mempunyai teman yang menjual barang itu dan ia juga bertujuan untuk menolong teman-temannya. Sekumpulan pelajar itu juga adalah pelangan tetap di situ.

Sudah menjadi adat si teman ini pun menanyakan harga barang yang beliau hajatkan sebelum membeli barang itu,lalu sekumpulan sahabat inipun menerangkan harga barang tersebut dengan terperinci,dan siteman pun bersetuju dengan harga barang itu.

Beberapa bulan berlalu siteman menjadi pelangan disitu,tiba-tiba sekumpulan sahabat terkejut mendengarkan rungutan dari teman itu dan setengah pelanggan baru yang lain mengatakan penjual itu menganaya mereka dengan menaikkan harga barang dan mereka juga mengatakan barang-barang yang dijual tidak elok,rosak dan sebagainya.

Sekumpulan sahabat itu amat tekejut dengan berita itu,kerana cerita sedemikian itu adalah satu fitnah yang pernah dilontarkan kepada peniaga itu dulu,kerana hasad dengki mereka ini menghasut siteman dan pelangan yang lain.

Lebih teruk lagi siteman dan kawan-kawannya terus membuat fitnah dan memburukkan peniaga itu,dengan menjaja cerita kesana-kemari,seperti anjing membawa tulang.
Sekumpulan sahabat amat kesal dengan tindakan teman itu,jika benarpun harga barang itu mahal kenapa tidak berbincang dan beritahu kepada sahabat ini..apa gunanya ada sahabat ,kawan tetapi tak mahu berbincang,meminta pendapat seperti permulaan nak cari barang dulu. “Jauhilah dari hasad kerana hasad itu menghapuskan segala kebaikkan yang kamu lakukan”.