Friday, March 19, 2010

tourisme malaysia





empat hari exspo barangan2 malaysia telah diadakan di sini (sana'a),kami pelajar2 di yaman ni tak melepaskan peluang turut berkunjung ke exspo bagi memeriahkan lagi suasana,kereta keluaran malaysia juga tidak terlepas dari exspo berkenaan,turut menarik minat pengunjung adalah meja tourisme malaysia,barangan elektrik,makanan dan lain2 lagi..

1malaysia


Wednesday, March 17, 2010

Ustaz Redwan ziarah ke Yaman


12mac2010 ustaz wan bersama 22org rombong umrah selamat sampai di buma hikmah yaman ini ,mereka meneta di Wadi Hadrhamout hotels yang terletak di jalan Tahrer.
walaupun hanya transit 2 hari rombongan umrah sempat menziarahi beberapa tempat bersejarah yang ada di sekitar bandar sana’a ini,antara tempat yang di ziarahi Masjid Kabir,Dar-Hajr,Wadi Zuhr, Bab Yaman iaitu Sana’a qadimah dan juga Masjid President.mudah-mudahan tercoret kenangan dan pengalaman dalam kehidupan mereka..
Aku turut gembira dengan kehadiran Ust Redwan disini walaupun aku sedikit terlewat berjumpa dengannya kerana program mereka yang agak padat di sini.Aku mula berjumpa di rumah En.Hasbullah,seorang pensyarah disini juga sahabat Ust Redwan.
Dengan kehadiran ustaz disini rasa terhapus sedikit rindu pada semua guru-guru di Derang. Aku juga menanyakan khabar guru-guruku yang berada di Malaysia,di hotel tempat ustaz bermalam aku sempat menanyakan sedikit isu politik malaysia juga isu semasa lain.Secara adatnya kita akan mengambil peluang setiap tamu yang bertamu dengan kita atas kelebihannya,jadi tak salah rasanya aku menanyakan tentang politik pada ustaz,kerna aku tahu beliau bukanlah hanya seorang ustaz.Ustaz juga ada menanyakan aku beberapa perkara,pertamanya kenapa tak update blog? Bila nak kahwin? umur sudah tua dan bila nak balik?tak perlulah cerita aku jawab apa kan!!!
Pada pagi sabtu ustaz bersama rombongan selamat berangkat ke tanah suci Makkah dari lapangan terbang Sana’a.
Demikianlah sedikit coretan dariku,agar pertemuan yang singkat ini berharga buatku…..