Thursday, August 11, 2011

IRSYADAT AL FADHIL SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI

Jangan tersilau dengan gelar PHD atau MA dan sebagainya. Penubuhan Al Maahadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda *watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat. Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.

Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya. Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat. Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri. Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan HI makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru beberkat. Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan. Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.

Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal. Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

(Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syeikh Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma 'hadul *Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah pada hari Isnin 9 Ramadhan 1419 Hbersamaan 28 Disember 1998 M.)

Friday, June 3, 2011

Cemburu kerana Allah

Assalamualaikum buat teman2 semua.haa dah lama nak update blog ni tapi tak berkesempatan pulak,Alhamdulilah hari InsyaAllah saya nak kongsi dengan teman2 khutbah jumaat yang saya dengar tadi. Cemburu kerana Allah, tajuk yang sangat menarik.

Kita lihat saja tajuk sudah amat berbeza dengan keadaan di zaman sekarang,jom kita lihat cerita2 yang menarik, bagaimana Sahabat di zaman Rasulullah dahulu,adakah masih ada orang2 seperti ini di zaman sekarang.

Cemburu si miskin kepada si kaya:

Pada zaman dulu orang2 miskin sangat cemburu kepada orang kaya, sebab apa???sudah tentu sebab kekayaan yang mereka miliki, tetapi bukanlah sebab dapat hidup dengan kemewahan, mereka cemburu sebab mereka miskin tidak punyai harta untuk bersedekah. mereka berjumpa dan mengadu kepada Baginda Nabi tentang demikian,

Baginda bersabda:

Kamu boleh berzikir kerna ia juga sedekah, kamu boleh bertasbih, bertahlil kerna yang demikian itu juga sedekah, dan kamu mendatangi isteri kamu juga dikira sedekah. lalu sahabat itupun pergi dan mengamalkan yang demikian.

setelah bebrapa lama datang kembali sahabat ini kepada Baginda, meraka mengatakan: Wahai Baginda orang2 kaya pun sudah tahu tentang amalan2 kami,yang demikian mereka jadi lebih dari kami. Baginda pun bersabda: Sesungguhnya Allah memberi rahmat kepada sesiapa yang dia kehendaki.

Demikianlah kisah bagaimana sahabat cemburu kerana temannya bisa melakukan kebaikakn lebih darinya. demikian juga sahabat sifat sahabat yang sentiasa merebut dalam membuat kebaikan dan kebajikan, mudah2an kita dapat mengamalkan yang demikian.

JIka kita melihat dizaman sekarang sangat berbeza dan ketara tentang Cemburu.
seringkali terpapar di dada akhbar mati akibat cemburu,disimbah asid akibat cemburu, hanya kerna kekasih hati,.

Jelas dizaman ini juga manusia sudah hilang perasan cemburu, si ayah tidak cemburu membiarkan isteri membuka aurat,tidak cemburu orang ramai melihat aurat isterinya, lebih2 lagi anaknya yang memakai pakaian menjolok mata dan ada juga seberti telanjang bulat, inilah hakikat zaman sekarang, manusia tidak peduli lagi tidak malu lagi, benarlah sabda Baginda Nabi yang bermaksud: "jika seseorang itu tidak malu, maka dia akan buat apa yang dia suka".

ketahuilah bahwa "malu itu separuh daripada Iman".

Akhirnya saya nak mohon maaf andai terkasar bahasa atau ada yang merasa, mudah2an kita sama2 dapat beramal bersama. saya juga memohon tunjuk ajar daripada Ustaz2 teman2 n rakan2 yang membaca tulisan saya yang kerdil ini,andai ada tersalah kata atau fakta.
"saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan".