Monday, August 30, 2010

Merdeka n Iktikaf

Sambut merdeka dan iktikaf, mana yang korang pilih???

ape yang korang dapat kalau sambut merdeka???betul ke negara kita dah merdeka??penat jer sambut merdeka tiap tahun,buat habis duit jer,dah la ekonomi merosot...korang fikir balik betul ke kita dah merdeka. Tidak semudah yang dilihat,penjajah tidak beri kemerdekaan melainkan bersyarat. kita kena ikut telunjuk depa,ikut cakap depa,sehingga banyak tanah negara kita tergadai. apa yang paling penting adalah penjajahan pemikiran,inilah satu2nya penjajahan mereka yang berjaya atas umat islam kini,terutama pemuda sebagai tonggak agama.Aku tak nak tulis panjang2,korang fikir2lah.

cuba tengok. Berapa ramai yang pegi sambut merdeka dengan yang iktikaf di masjid2 dan surau2.mana yang ramai???korang jawab la sendiri.

Kalau korang pilih iktikaf Allah yang akan beri ganjaran,bermacam janji Allah kepada hambanya yang tak akan mungkir janjinya. Apatah lagi kita mencari Lailatul Qadar,malam yang lebih baik dari seribu bulan. kalau tak iktikaf pun bagunlah untuk solat di malam hari,mohonlah munajat kepada Allah yang mencipta kita dan dia tahu apa yang kita perlu. tak perlu meminta kepada manusia yang tak punyai apa2.

Marilah sama2 kita muhasabah diri kita sementara di bulan yang mulia ini,sebelum terpisahnya roh dari jasad kita.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan kembali lagi


Alhamdulillah bersukur kehadrat Ilahi kerana dengan kurniaannya kita dapat bertemu lagidengan tetamu yang mulia iaitu Ramadhan. Antara doa yang selalu Baginda baca:

" َاللهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ"

yang bermasud : Ya Allah ya Tuhan kami panjangkanlah umur kami agar dapat bertemuRamadhan.

Baginda Nabi sangat mengharapkan agar dapat bertemu dengan Ramadhan,kerana ia adalahtetamu yang mulia,membawa kepada kita berbagai ganjaran kepada kita.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

أَتَاكم رَمَضَان سيِّدُ الشُّهُورِ فَمَرْحَباً وأهلاً جَاءَ شَهْرَ الصِّيامِ بِالبَرَكَاتِ فأكرِمْ بِهِ مِنْ زائِرٍ هُوَ آت.

Ertinya:

“ Telah datang Bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka hendaklah kita mengucapkanselamat datang kepadanya. Telah datang Bulan Puasa membawa segala keberkatan, makahendaklah memuliakan tetamu yang datang.”


Bulan Ramadhan adalah bulan yang Mulia bulan Agung dan bulan Keberkatan. KedatanganRamadhan bukan sendirian tetapi dengan berbagai ganjaran yang telah Allah janjikan. Terpulanglah kepada kita bagaimana kita menyambut tetamu ini yang datang menawarkankepada kita berbagai ganjaran,adakah kita hanya melihat orang lain merebutinya tanpa kitapedulikannya.

Jadikanlah bulan ini sebagai bulan Ibadah bukan bulan juadah, secara realitynya pada zamansekarang bulan puasa dijadikan bulan kedaghah iaitu bulan makan, sebab pada bulan inilahsemua jenis makanan yang tiada pada bulan lain,tapi ada pada bulan ini di bazar ramadhan.

Makan bukanlah satu kesalahan,tetapi jangan membazir dan makanlah supaya memberi tenagakepada kita untuk buat ibadah. Dan jangan kita makan sampai tak mampu membuat ibadah.

Marilah sama-sama kita menilai diri kita. Bagaimanakah hubungan kita dengan Ramadhan, adakah kita dapat ganjaran yang dijanjikan Allah???.

Sama-samalah kita tingkatkan ta’at dan tiggalkan maksiat,moga-moga kita dapat keampunandari Allah Ta’ala.