Sunday, November 15, 2009

SENANG TAPI SUSAH???

Memberi salam adalah perkara yang mudah,hanya lafaz di mulut tak perlu bayar pun!!! Tapi masih ramai berat mulut!! Sedangkan memberi salam ini adalah satu amalan yang baik didalam islam,bahkan mendapat pahala di sisi Allah.

Alhamdulillah aku amat bersyukur dapat berada di bumi hikmah ini,di sini suasana memberi salam itu wujud sehingga ia dapat sentiasa bermain di mulut kita,bak pepatah melayu:“alah bisa tegal biasa” bukan sekadar memberi salam kepada orang yang kita kenal,bahkan kepada sesiapa sahaja yang kita bertemu,tak kira bangsa dan warna kulit asalkan ia muslim,kalau di tempat pengajian aku ni memang berbagai bangsa,bukan sikit terutama Somalia dah macam tempat diorang dah..apa pun kita dapat berukhuwah dengan mereka,begitu juga bangsa-bangsa lain. Indahkan jika kita dapat amalkan?

Memang tak nafi,aku dulu pun susah jugak nak beri salam,memang berat mulut,tak tahulah sebab apa,sedangkan di fikiran ini sentiasa terfikir akan ganjarannya dan kelebihannya,bahkan dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama muslim,mungkinkah kerana ego aku yang tinggi?atau aku yang sombong tak mahu tegur-sapa orang?atau syaitan yang sentiasa mengganggu hati aku ini? Entahlah!!! Jika difikirkan memang pelik,tapi itulah hakikatnya, senang tapi susah.

Memberi salam ini bukan sahaja amalan didalam islam,tetapi juga adat kita orang melayu. Orang tua-tua dulu sentiasa mengajar kita tentang adab-adab,seperti beri salam bila nak masuk rumah,jumpa orang tua beri salam kepada mereka dan juga lain-lain,ini bukan sahaja adat melayu bahkan ini adab-adab islam yang diajar oleh Baginda Nabi S.A.W yang seringkali kita lupa.

Hadis riwayatkan Abdullah bin Umar R.a:

bahawa telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah S.A.W: Apakah kebaikkan (kelebihan) didalam islam? Baginda menjawab: “memberi makan akan makanan,dan memberi salam kepada sesiapa yang kamu kenal dan kepada sesiapa yang kamu tidak kenal” Hadis riwayat Muslim.

Nah..hadis ini membuktikan kepada kita tentang anjuran memberi salam,ia jua salah satu kelebihan dan kebaikan didalam islam,salah satu kelebihan adalah seperti mana saya sebut tadi,iaitu dapat mengeratkan ukhuwah sesama muslim,seperti ayat didalam surah Al-Hujurat yang bermaksud: “sesunggunhnya orang mukmin itu bersaudara”. Kerana pada adat, kita akan mula tegur-sapa dengan memberi salam,sama ada kita kenal atau tidak.

Jika kita lihat lagi hadis ini selalunya Baginda akan memberi jawapan kepada yang bertanya mengikut orang yang bertanya itu,jika orang itu kurang memberi salam maka Baginda akan menyuruhnya supaya ia banyak memberi salam. Samalah macam kita,tak perlu lihat kepada orang lain,sama-samalah kita nasihat menasihat,tegur-menegur sesama kita dengan cara hikmah.marilah kita berdoa mohon pada Allah agar mempermudahkan amalan dan urusan kita,moga sama-sama kita mendapat taufiq dan hidayahnya.



Thursday, November 5, 2009

Pelikkan???


Bayangkan perkara ini berlaku kepada anda... Suatu hari pada masa Solat jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam... tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik, "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu." Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri...
Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata, "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah...
Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas? Selain terhibur anda fikirkanlah...
Lawak kan, dari 1,000 orang yang mengaku dia Islam, hanya 20 yang betul-betul beriman...

Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah melupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun... Dia tak kata pun nak membunuh... tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang-pukang... Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi...
Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja... tu pun bila masa sembahyang jumaat... tunjuk muka kat orang kampung... ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje... bile masa sembahyang raya...

Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh suratkhabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran.

Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia

Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai... tak cukup masa...

Monday, November 2, 2009

Kemanakah arah tuju kita...



Kali ini saya ingin memberi sedikit pandangan berkenaan politik kita di Malaysia hari ini yang semakin huru-hara entahlah!! Yang terbaru keluar parti jadi BEBAS sokong UMNO ,kenapa? Memang tak hairan la asal dia memang UMNO, sebelum ini pun sama daripada Umno masuk Keadilan,sebab apa? Ada yang insaf dengan kezaliman Umno ada pula yang berkepentingan peribadi,sebab tak dapat duit yang dijanjikan tak dapat projek sebab itulah huru hara berlaku didalam PKR atau pembangkang,kalau jenis nak duit mudah sangatlah umno nak pancing diorang bagi sikit duit itu jam boleh tukar parti,bodoh betul!!itulah kata2 ahli pembangkang kerana geram..
Dalam PAS pulak lain ceritanya,bergaduh sesama ahli,bukan ahli biasa tetapi dari golangan atasan,pelik betul!! Ha..apakah sebenarnya perjuang kita ?PAS atau islam?saya masih ingat Tok Guru Nik Aziz pernah berkata:kita memperjuangkan Islam bukan memperjuangkan PAS. Memang betul kita memperjuangkan islam melalui parti politik begitu juga kata Tok Guru:jika umno melaksana atau memerintah secara islam maka tak perlu lagi PAS nak berjuang.lebih kurang la kata2 Tok Guru.
Dan ramai lagi ahli2 Pas yang jahil yang masih tak memahami islam secara sempurna,ada juga yang tak pandai baca Al-Quran walaupun dah lanjut usia,bila nak dibuatnya belajar Al-Quran semua lari tak nampak batang hidung,kalau cakap pasal agama depa yang lebih seolah2 dioranglah lebih pandai.
Adakah orang2 pas masih tak memahami apa perjuangan pas sebenarnya?kalau kita lihat kembali ceramah2 pas kebanyakkan pimpinan yang memberi ceramah mencaci-maki orang2 umno,bukan la saya sokong umno,tapi sebagai orang yang memperjuangkan islam mesti bercakap dengan akhlak islam seperti mana Baginda Nabi ajarkan kepada kita,kalau kita masih seperti yang sama,macam mana orang umno nak masuk pas dan bagaimana orang2 kafir nak masuk islam?sehingga ada yang mengatakan syaitan kepada seseorang.Tujuan mengadakan ceramah kita nak menyedarkan manusia tentang penyelewang yang berlaku yang dibuat oleh umno,bukan untuk mengkafirkan mereka.
Dimanakah politik islam yang sebenar jika parti islam sendiri tidak melaksanakannya dengan sempurna,bagaimanakah politik islam yang diajar Baginda Nabi S.A.W. marilah sama2 kita muhasabah diri kita,merenung kembali segala kecacatan yang ada pada diri kita juga parti kita,kebelakangan ini memang banyak berlaku pergolakkan didalam parti sendiri jika kita tidak menyelesaikannya dengan cara hikmah maka perkara ini tidak akan selesai bahkan bertambah buruk,apatah lagi ulama’ kini di maki-hamun ikut sesuka hati,siapakah yang akan mengislahkan parti jika kepimpinan ulama’ sudah tidak dipercayai lagi,adakah mat2 rempit jalanan?adakah orang2 jahil yang tunjuk hebat bercakap?adakah orang2 kafir yang menjadi kelab penyokong pas?fikir-fikirlah, moga perjuangan kita ini menjadi perjuangan yang murni dan diredhai Allah Ta’ala.