Sunday, November 15, 2009

SENANG TAPI SUSAH???

Memberi salam adalah perkara yang mudah,hanya lafaz di mulut tak perlu bayar pun!!! Tapi masih ramai berat mulut!! Sedangkan memberi salam ini adalah satu amalan yang baik didalam islam,bahkan mendapat pahala di sisi Allah.

Alhamdulillah aku amat bersyukur dapat berada di bumi hikmah ini,di sini suasana memberi salam itu wujud sehingga ia dapat sentiasa bermain di mulut kita,bak pepatah melayu:“alah bisa tegal biasa” bukan sekadar memberi salam kepada orang yang kita kenal,bahkan kepada sesiapa sahaja yang kita bertemu,tak kira bangsa dan warna kulit asalkan ia muslim,kalau di tempat pengajian aku ni memang berbagai bangsa,bukan sikit terutama Somalia dah macam tempat diorang dah..apa pun kita dapat berukhuwah dengan mereka,begitu juga bangsa-bangsa lain. Indahkan jika kita dapat amalkan?

Memang tak nafi,aku dulu pun susah jugak nak beri salam,memang berat mulut,tak tahulah sebab apa,sedangkan di fikiran ini sentiasa terfikir akan ganjarannya dan kelebihannya,bahkan dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama muslim,mungkinkah kerana ego aku yang tinggi?atau aku yang sombong tak mahu tegur-sapa orang?atau syaitan yang sentiasa mengganggu hati aku ini? Entahlah!!! Jika difikirkan memang pelik,tapi itulah hakikatnya, senang tapi susah.

Memberi salam ini bukan sahaja amalan didalam islam,tetapi juga adat kita orang melayu. Orang tua-tua dulu sentiasa mengajar kita tentang adab-adab,seperti beri salam bila nak masuk rumah,jumpa orang tua beri salam kepada mereka dan juga lain-lain,ini bukan sahaja adat melayu bahkan ini adab-adab islam yang diajar oleh Baginda Nabi S.A.W yang seringkali kita lupa.

Hadis riwayatkan Abdullah bin Umar R.a:

bahawa telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah S.A.W: Apakah kebaikkan (kelebihan) didalam islam? Baginda menjawab: “memberi makan akan makanan,dan memberi salam kepada sesiapa yang kamu kenal dan kepada sesiapa yang kamu tidak kenal” Hadis riwayat Muslim.

Nah..hadis ini membuktikan kepada kita tentang anjuran memberi salam,ia jua salah satu kelebihan dan kebaikan didalam islam,salah satu kelebihan adalah seperti mana saya sebut tadi,iaitu dapat mengeratkan ukhuwah sesama muslim,seperti ayat didalam surah Al-Hujurat yang bermaksud: “sesunggunhnya orang mukmin itu bersaudara”. Kerana pada adat, kita akan mula tegur-sapa dengan memberi salam,sama ada kita kenal atau tidak.

Jika kita lihat lagi hadis ini selalunya Baginda akan memberi jawapan kepada yang bertanya mengikut orang yang bertanya itu,jika orang itu kurang memberi salam maka Baginda akan menyuruhnya supaya ia banyak memberi salam. Samalah macam kita,tak perlu lihat kepada orang lain,sama-samalah kita nasihat menasihat,tegur-menegur sesama kita dengan cara hikmah.marilah kita berdoa mohon pada Allah agar mempermudahkan amalan dan urusan kita,moga sama-sama kita mendapat taufiq dan hidayahnya.



1 comment:

  1. sedikit penambahan ilmu bersama,.
    Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Sebakhil-bakhil manusia ialah mereka yang bakhil untuk memberikan salam.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tabrani dalam Mu'jam Awsat dan Mu'jam Kabir. Ia dikategorikan Hassan oleh al-Haithami dalam Majma' al-Zawaid, lihat: Al-Haithami, Majma' al-Zawaid, Beirut: Dar al-Fikr al-Arabi, jilid 8, halaman 32).
    Apabila seseorang remaja memberikan salam kepada rakan sebaya, mereka akan diketawa atau dipersendakan dengan kata-kata yang menjadikannya rendah diri dan terasing. Keadaan itu hingga menyebabkan mereka tidak akan mengucapkan salam hingga bila-bila.

    Fenomena ini memang menyedih dan memalukan, malah menjijikkan kerana mereka malu untuk memberikan salam.

    Rasulullah pernah ditanya: “Apakah amalan yang terbaik dalam Islam?” Lantas Baginda bersabda : “Memberi makan (kepada orang miskin) dan memberikan salam kepada orang yang kamu kenali dan yang kamu tidak kenali.” (Hadis sahih riwayat Muslim, Sahih Muslim, Beirut: Dar Ihyaa al-Turath al-Arabi, hadis no 54, jilid 1, halaman 74).

    Jelas dalam hadis itu kelebihan memberikan salam, hatta kepada mereka yang tidak kita kenali.

    Apakah tujuan perbuatan itu?

    Rasulullah bersabda: “Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman hingga kamu berkasih-sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu amalan yang jika dilakukan akan masuk syurga? Sebarkan salam di kalangan kamu.” (Hadis sahih riwayat Muslim)

    Salam itu untuk persaudaraan dan kasih sayang, lebih-lebih lagi di kalangan Muslimin dan menjadi identiti umat Islam .

    ReplyDelete