Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan kembali lagi


Alhamdulillah bersukur kehadrat Ilahi kerana dengan kurniaannya kita dapat bertemu lagidengan tetamu yang mulia iaitu Ramadhan. Antara doa yang selalu Baginda baca:

" َاللهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ"

yang bermasud : Ya Allah ya Tuhan kami panjangkanlah umur kami agar dapat bertemuRamadhan.

Baginda Nabi sangat mengharapkan agar dapat bertemu dengan Ramadhan,kerana ia adalahtetamu yang mulia,membawa kepada kita berbagai ganjaran kepada kita.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

أَتَاكم رَمَضَان سيِّدُ الشُّهُورِ فَمَرْحَباً وأهلاً جَاءَ شَهْرَ الصِّيامِ بِالبَرَكَاتِ فأكرِمْ بِهِ مِنْ زائِرٍ هُوَ آت.

Ertinya:

“ Telah datang Bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka hendaklah kita mengucapkanselamat datang kepadanya. Telah datang Bulan Puasa membawa segala keberkatan, makahendaklah memuliakan tetamu yang datang.”


Bulan Ramadhan adalah bulan yang Mulia bulan Agung dan bulan Keberkatan. KedatanganRamadhan bukan sendirian tetapi dengan berbagai ganjaran yang telah Allah janjikan. Terpulanglah kepada kita bagaimana kita menyambut tetamu ini yang datang menawarkankepada kita berbagai ganjaran,adakah kita hanya melihat orang lain merebutinya tanpa kitapedulikannya.

Jadikanlah bulan ini sebagai bulan Ibadah bukan bulan juadah, secara realitynya pada zamansekarang bulan puasa dijadikan bulan kedaghah iaitu bulan makan, sebab pada bulan inilahsemua jenis makanan yang tiada pada bulan lain,tapi ada pada bulan ini di bazar ramadhan.

Makan bukanlah satu kesalahan,tetapi jangan membazir dan makanlah supaya memberi tenagakepada kita untuk buat ibadah. Dan jangan kita makan sampai tak mampu membuat ibadah.

Marilah sama-sama kita menilai diri kita. Bagaimanakah hubungan kita dengan Ramadhan, adakah kita dapat ganjaran yang dijanjikan Allah???.

Sama-samalah kita tingkatkan ta’at dan tiggalkan maksiat,moga-moga kita dapat keampunandari Allah Ta’ala.

No comments:

Post a Comment