Sunday, September 12, 2010

Iedul fitri 1431

besama ayahanda


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua sahabat2 seagamaku,walau dimana sahaja berada.

Alhamdulillah setelah dua tahun tidak beraya dengan keluarga tercinta,tahun ini dapat juga beraya bersama di tanah air tercinta.Syukur dan sagat gembira walaupun tak balik ke kampung,kemeriahan tetap ada. Saudara-mara yang tak balik kampung turut datang ziarah ke rumah aku,aku juga gembira kerana saudara yang sudah lama tak jumpa pun datang beraya walaupun tinggal di johor.

Suasana raya di malaysia dan yaman memang berbeza kemeriahannya, tapi kedua-duanya tepap meriah bagi aku,kerana kitalah yang kena meriahkan.

Setelah dua tahun beraya di yaman,tahun ini di malaysia,aku diberi tanggung jawab oleh masyarakat kat sini,walaupun aku rasa berat tapi aku terima sebagai satu latihan untuk diriku,terima kasih buat masyarakat disini kerana mempercayaiku.

Rasanya tahun ni nak beraya di Johor n Kedah,kalau tak pergi tahun ni,entah bila pulak aku boleh pergi.Di johor sanak-saudara yang dah lama tak jumpa,di kedah pulak Guru2 n kawan2 entah bila pulak boleh jumpa.Kalau ada rezeki umur boleh la jumpa lagi,kalau tak,apakan-daya terserah pada Ilahi.

Aku harap raya tahun ini kita semua bertambah ketaqwaan kita kepada Allah,tak ada gunanya puasa dan raya tanpa bertambah ketaqwaan kepada Allah Ta'ala.

1 comment:

  1. btol2..happy gk wlopon xbalik kg..ngeh3..
    nk g johor n kedah?? tggu la aku balik cuti..huhu..
    nak g jgk..hehe

    ReplyDelete